Pengenalan Asas Streamyard & Zoom Online Bersama Guru SMK Tunku Bendahara
28 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kodiang telah mengadakan satu kelas pengenalan asas Streamyard & Zoom Meeting kepada para guru SMK Tunku Bendahara Kodiang.
Streamyard dan Zoom Meeting adalah sebuah laman web yang sering digunakan pada masa kini kerana ianya sangat bersesuaian dengan trend pengajaran dan pembelajaran norma baharu masa kini, yang membantu penggunanya melakukan video secara siaran langsung (live), bertepatan dengan cabaran guru masa kini yang perlu mengajar dalam norma baharu, secara atas talian.
Kelas pengenalan ini diharap dapat membantu memudahkan para guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian. Seramai 7 orang guru dari pelbagai pengkhususan mata pelajaran, telah menyertai kelas ini. Pelbagai input telah dikongsi antaranya penggunaan teknik green screen, video pengajaran secara siaran langsung menerusi platform media sosial, teknik kongsi skrin (share screen) semasa mengajar, dan banyak lagi.
Kelas telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam bermula dari jam 10 pagi. Kelas dijalankan di bilik latihan, Pusat Internet Kodiang. Sesi kelas dijalankan secara tiga peringkat, iaitu peringkat pengenalan asas/taklimat, peringkat teori dan peringkat praktikal. Kelas dijalankan dengan memenuhi sepenuhnya SOP di Pusat Internet seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Kelas berakhir jam 1 petang dan berjalan lancar seperti dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: